MNBMA
Sayang, thank you for everything.
Terima kasih sebab dari mula you terima i, you terima kekurangan I.
I sayang you sangat sangat. Tapi kalau kakak dengan mama you sentiasa mahu you cari yang terbaik dan I tau I bukan yang terbaik, pergilah sayang.
Hati I sakit. Hati I sedih. Tapi kalau itu ketentuan untuk kita, I akan belajar untuk redha. Terima kasih sayang. Untuk segala-galanya. Terima kasih sebab awak pernah usaha untuk menghalalkan hubungan kita. Terima kasih sebab awak pernah usaha untuk sama-sama impikan masa depan kita bersama. Terima kasih sebab awak pernah menjadi idaman saya.
Awak, ingat tak? Awak pernah bilang dekat saya.. sekiranya ada jodoh kita dan kita berkahwin, sebelum subuh nak kita sama sama bangun dan ngaji sekurang-kurangnya 3 muka surat. Dan awak juga pernah berangan-angan untuk mengaji bersama sebelum kita tidur. Awak, dari dulu itu cita-cita saya. Saya nak dibimbing. Saya tahu, keluarga saya tak kuat agama. Tapi kami mencuba dan mencuba dan mencari jalan Allah.
Mungkin Allah temukan saya dengan awak untuk tunjuk kan dekat saya, bertapa jauhnya saya dari menjadi seorang wanita yang baik.
Awak, jujur saya katakan memang sakit dan hancur hati saya bila saya nampak comment comment kakak suruh cari yang baik.. bila awak setuju nak berkenalan dengan Husnina. Tapi orang dia baik kan? Orang dia manis kan? Orang dia beragama kan?
Pergilah sayang. Pergilah dengan pilihan yang terbaik untuk awak. Saya ingin jadi yang terbaik untuk awak. Tetapi kalau dia takdir dan jodoh awak, pergilah sayang. Saya akan belajar redha. Saya cuba ye sayang.
Saya sayang awak. Tidak pernah sehari pun saya tak sayang awak. Terima kasih awak sebab awak pernah sayang saya. Terima kasih awak sebab awak pernah impikan masa depan bersama 🌹💕
Comments
Post a Comment