MHBA

Hasif, saya tak pernah kenal awak. Saya tak pernah jumpa awak. Tapi Allah gerakkan hati saya untuk doakan awak di setiap solat di setiap sujud. Saya tak pernah lepas doakan awak. Saya harap Allah angkat doa saya, hamba yang banyak kekurangan ini dan saya harap semua para malaikat yang solat sama dengan saya aminkan semua doa-doa saya untuk awak di setiap sujud.

Saya pernah mimpi buruk tentang awak selepas awak baru-baru masuk ICU. Bila bangun dari tidur, saya nangis. Saya tak nak mimpi buruk itu berlaku. Walaupun saya tak pernah jumpa atau kenal awak. Allah gerakkan hati saya. Awak orang baik sebab tu ramai yang Allah gerakkan hati untuk doakan. 

Ya Allah, Hasif ramai kawan-kawan dan sahabat-sahabat yang baik. Angkat lah doa-doa mereka yang lebih mulia dari Aku. Tapi aku mengharapkan kau angkat semua doa-doa kami. 

Setiap kali saya tergerak doakan awak sampai menitis airmata, lepas tu saya check IG, saya selalu ternampak update tentang awak. Mungkin Allah gerakkan hati saya untuk betul-betul doakan awak. Bangun awak. Ramadhan dah nak dekat ni, awak sayang dengan Ramadhan kan? Bangun lah awak. Ramai yang rindu awak. 

Allah, pinjamkanlah Hasif lagi kepada mereka yang menyayangi dan merindui dia. Kau panjangkanlah umur dia. Kau berikanlah dia kesembuhan sepenuhnya Ya Allah. Memang tiada kasih sayang dan rindu yang lebih mulia dari kasih sayang dan rindu ENGKAU terhadap kami, tapi aku mohon, pinjamlah dia dekat kami lagi.. panjangkanlah pinjaman ini...

Comments

Popular Posts